Hari ini saya ingin menyentuh sedikit tentang ilmu. Kita semua tahu bahawa ilmu itu suatu yang mulia dan sangat penting. Allah S.W.T. merakamkan kisah sejarah tantang ayah kita semua iaitu Nabi Adam A.S. yang dimuliakan dalam kalangan malaikat dengan ilmu. Jalan menuju takwa memerlukan alat yang bernama ilmu. Seorang ilmuan pernah bersyair yang bermaksud:
"Belajarlah, kerana ilmu itu perhiasan bagi orangnya. Menjadi kelebihan dan tanda bagi setiap hal yang terpuji.
Jadilah orang yang menambah ilmunya setiap hari dan berenanglah dalam lautan faedah. Dapatkan pemahaman kerana ia dapat membawa kebaikan, takwa."
Ingatkan, suatu hadith yang sering diulang-ulang oleh ustaz dan dalam buku apabila menyentuh bab ilmu. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardu kepada orang Islam, lelaki dan perempuan"
Tafsiran hadith ini secara terperinci haruslah dirujuk kepada Guru yang layak tetapi bila kita baca secara langsungnya terdapat perkataan fardu, jadi menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi muslimin(lelaki) dan muslimat (wanita).
Oleh itu, kita mesti menyediakan masa harian untuk mencari ilmu iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah dan bukan sekadar menunggu agar ilmu datang kepada kita. Insya-Allah dengan kesungguhan dan niat ikhlas kita untuk menuntut ilmu, Allah S.W.T akan membuka jalan kebenaran dalam menuntut ilmu. Pamerkan kecintaan kita terhadap ilmu, mudah-mudahan menjadi contoh ikutan untuk semua orang.
Marilah kita terus dan terus mencari dan mencari ilmu dan beramal.
Sumber:
Sheikh Burhanudin Al-Jaznuri.
Adab-Adab Menuntut Ilmu. Kuala Lumpur: Syarikat NurulHas.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ilmu"
Post a Comment