Kit pernah dengar kuliah atau membaca tentang maksud ayat Al-Quran di mana Allah S.W.T. menyatakan tiada yang dapat mengubah sesuatu umat jika sendiri tidak mahu berubah. Kita memerlukan kekuatan diri untuk menolak sifat yang kita sendiri rasakan tidak baik untuk terus bertapak dalam diri kita.
Kita boleh meminta nasihat daripada mana-mana ustaz, guru, pakar kaunseling atau sebagainya dengan tujuan untuk merubah sikap buruk yang kita rasakan sendiri tetapi jika kita sendiri tidak mengamalkan nasihat dan bersungguh-sungguh untuk menjauhkan sikap buruk kita, bagaiman kita boleh berubah?
Malah ramai orang yang menyalahkan faktor luaran yang menyebabkan kegagalan yang dialami oleh seseorang individu seperti menyalahkan soalan, buku, guru dan lain-lain lagi apabila gagal di dalam peperiksaan. Sebagai manusia seharusnya kita menilai diri sendiri dan memcari di mana kesilapan yang telah membawa kepada kegagalan.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002) menyatakan terdapat beberapa halangan dalaman yang mendorong kepada kegagalan.
- Sekatan Peribadi
- Bual Diri
- Kesan Pigmalion
- Kepercayaan Berbahaya
- Sanggup Menangguhkan Kepuasan
- Orientasi Waktu
- Nasib
Faktor-faktor di atas membawa kepada kegagalan kerana cara pemikiran diri yang munghala ke arah negatif seperti "Aku malas", "Aku tak pandai", "Aku lemah", "Aku dah memang macam ni" dan sebagainya. Perasaan sebigini, sekiranya tidak dikikis akan melemahkan semangat individu sesorang itu.
Islam mengajarkan kepada kita tentang bersangka baik (Husnu Dzan) atau dalam bahasa psikologi berfikiran positif perlu ada dalam diri setiap individu supaya kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Harun Yahya dalam bukunya yang bertajuk Berfikir menjelaskan pemikiran negatif adalah datangnya daripada syaitan yang akan terus menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat. Apabila menusia berfikiran negatif atau bersangka buruk, natijahnya ialah kegagalan.
Penjelasan tentang 7 perkara di atas akan saya terangkan dengan terperinci dalam
entry akan datang.
Marilah kit terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Rujukan:
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002).
Mendorong Diri Sendiri. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Diri Sendiri"
Post a Comment