Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selepas minum pagi saya bersiap untuk berjumpa supervisor, atas tujuan menunjukkan soal selidik yang telah saya siapkan. Penyelia saya tengok dan beliau kata ok, you can go ahead maksudnya saya boleh teruskan langkah seterusnya untuk menyiapkan PS2 saya dengan menyertakan pemboleh baru. Kemudiannya, saya jumpa dengan seorang penyarah yang dulu pernah mengajar saya untuk dapatkan idea dan maklumat. Saya tersenyum, kerana penerangan beliau memberi hujah bahawa saya boleh teruskan objektif kajian saya yang asal dengan tanpa memasukkan pemboleh ubah lain. Namun saya masih teringat dengan penjelasan pensyarah yang memberi cadangan supaya dimasukkan pembolehubah yang lain. Saya jadi keliru? Tetapi, saya terus kerjakan minda saya supaya berfikiran positif dan mencari jawapan, apa yang perlu saya buat? yang manakah pilihan betul?Saya terus mencari jawapan untuk soalan tadi...Alhamdulillah saya dapat, tetapi saya belum puas hati kalau jawapan yang saya fikir tidak meyakinkan diri saya. Saya mesti jadi proaktif! Saya terus balik rumah, start up Pc dan cuba lakukan apa cadangan pensyarah yang pernah mengajar saya, tapi..masih ada yang samar-samar. Saya shut down Pc, terus siap-siap, pergi ke fakulti mencari jawapan yang meyakinkan diri.
Di fakulti, saya berjumpa pensyarah yang lain untuk dapatkan pandangan beliau. Alhamdulillah jawapan beliau menambah keyakinan saya. Selepas saya keluar dari bilik beliau saya terjumpa penyelia saya di pertengahan jalan dan beliau tersenyum dan mencadangkan saya supaya meneruskan dengan proses yang asal.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Keliru"
Post a Comment