Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry yang saya publish hari ini telah saya tulis malam tadi sebenarnya, tapi tiba-tiba blackout, jadi semalam saya tidur awal la...
Kita sering mendengar perkataan motivasi. Apakah maksud motivasi? Kenapa perlunya kita bermotivasi?
Untuk menjawab soalan-soalan di atas, saya ingin berkongsi maksud motivasi berdasarkan pembacaan dan kefahaman saya. Sebenarnya banyak maksud motivasi yang diberikan oleh pakar-pakar, tetapi saya pilih beberapa sahaja yang mudah untuk saya fahami dan mungkin anda juga.
Motivasi adalah sebab-sebab yang membantu orang melakukan pelbagai perbuatan bagi mencapai matlamat di mana motivasi dapat mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku manusia. (Santrock)
Motivasi merupakan dorongan dari dalam yang berupa harapan dan keingingan yang bersifat menggiatkan dan menggerakkan individu. (Mohammad Shatar Sabran, 2005)
Motivasi adalah proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tindakan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, di mana sebelumnya tidak ada gerakan menuju ke arah tujuan tersebut (Ford, 1992 dalam Mohammad Shatar Sabran, 2005)
Motivasi juga ialah keinginan untuk mencapai kejayaan pada setiap langkah perancangan tindakan dan memandu kita ke arah kecemerlangan hari demi hari. (Cairo)
Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu
tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu.
(wikipedia)
Kepentingan motivasi kepada diri:
- Merupakan tenaga yang dapat menggangkat diri ke tahap yang diingini
- Dapat mendorong diri, membimbing dan penerokaan berterusan
- Alasan yang menyebabkan kegagalan seseorang adalah kerana mengabaikan tenaga motivasi diri.
- Sekiranya kita tidak memanfaatkan tenaga dan potensi diri, mantal akan terlantar sepanjang hayat.
Jadi, sebagai manusia kita perlu mencari apakah yang dapat memotivasikan diri untuk menjadikan kita istiqamah dalam ibadah.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
"Jika kita mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika kita tidak mahu membuat sesuatu, anda akan mencari alasan.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Motivasi Tu Apa?"
Post a Comment