Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perkongsian kali ini ialah berkenaan formula individu cemerlang yang saya kaut dari buku karangan Dr. Danial Zainal Abidin yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang mengikut bahasa saya sendiri.
Formula 1 adalah berkenaan dengan
kehebatan dan potensi diri yang mesti kita kenali. Kita sepatutnya menyedari bahawa kita merupakan umat yang terhebat. Sememangnya kita merupakan umat yang paling baik dan Allah S.W.T. telah merakamkan dalam Al-Quran bahawa kita merupakan sebaik-baik umat. Oleh kerana itu, Allah S.W.T. mengurniakan syariat paling lengkap, landasan paling kukuh serta pandangan hidup yang paling jelas.
Kehebatan dan
keunggulan umat Muhammad S.A.W. sangat disedari, diperakui dan diiktiraf oleh Barat. Sejarah telah membuktikan dalam masa yang singkat umat Islam berjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun. Contohnya Robert Briffault menyatakan
renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di tangan-tangan orang Arab Islam Sepanyol dan bukannya di tangan orang-orang Eropah. Orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agung pada zaman pertengahan dahulu. Mereka membawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas masihi.
Kata beliau lagi konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak dalam kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Prancis, Deklarsi hak Asasi Manusia di Amerika dan lain-lain lagi.
Keunggulan umat Islam tidak berlaku secara sepontan tetapi dicapai melalui formula Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui. Sebenarnya ajaran yang ada telah tersusun rapi dalam Al-Quran dan dihayati oleh umat Islam. Formula yang ada mementingkan perubahan dalaman yang berteraskan iman serta kebersihan hati.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Hayatilah kehidupan kita, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 1a"
Post a Comment