Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kita pernah mendengar lagu orang dulu-dulu tentang bangau oh bangau. Mungkin orang mencipta lagu ini sebagai hiburan, tetapi kita perlu melihat pengajaran dari lagu ini iaitu jangan menyalahkan pihak lain apabila berdepan dengan masalah.
Ada sesetangah orang cepat menunding jari kepada orang lain dan ada yang sanggup menyalahkan Allah apabila dia dibelengu dengan masalah. Jarang kita lihat orang menyalahkan diri sendiri.
Sebenarnya, Allah S.W.T. tidak pernah menzalimi makhluk-NYA, sebaliknya mereka yang menzalimi diri sendiri.
Umat Islam perlu berani menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Hassan Al-Banna merumuskan beberapa punca kejatuhan Umat Islam ialah:
- Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak
- Politik dipisahkan daripada agama
- Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk
- Ilmuan Islam gagal mengembangkan ilmu
- Wujudnya bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai, tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan..
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 1d"
Post a Comment