Assalamualaikum dan salam sejatera...
Sedarkah kita bahawa, walaupun segelintir pemimpin-pemimpin barat bersikap tidak adil terhadap umat Islam dan ada yang bermegah bahawa merekalah yang paling berkuasa kerana mampu menyerang umat-umat Islam sesuka hati sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian kalangan mereka malah mendapat kutukan rakyatnya sendiri.
Contoh yang boleh kita lihat ialah, seluruh dunia melakukan demostrasi menentang tindakan kedua-dua negara iaitu Amerika dan Britain yang melakukan serangan terhadap Iraq. (Laporan New York Times, 16/02/2003).
Ketika George Bush mengadakan lawatan ke Britain, lebih daripada 100000 orang rakyat Britain, lebih keluar berdemonstrasi di kota London sebagai membantah polisi-polisi luar negara Bush selama ini (Laporan BBC Newa Online).
Perlukah kita memandang tinggi terhadap orang barat yang menghancurkan keamanan dunia sedangkan kalangan mereka sendiri tidak sependapat?
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
We were born to succeed, not to fail
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 1f"
Post a Comment