Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang kehebatan seorang pemimpin Islam yang unggul iaitu Zulkarnain yang patut dicontohi. Kisah mengenai insan yang hebat ini tersemat di dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi.
Ada pendapat mengatakan Zulkarnain digelar kerana beliau menjelajah dan menguasai negara-negara di barat dan di timur.
Terdapat pengkaji yang mengatakan beliau seorang raja yang menguasai wilayah Medes (Media) dan Parsi dan akhirnya mengasaskan Empayar Parsi yang berdaulat. Keunggulan dan kehebatan Zulkarnain mempunyai beberapa sebab musabab. Antaranya ialah seperti yang dinyatakan dalam surah al-Kahfi:
Zulkarnain mempunyai
wawasan tersendiri iaitu mengagungkan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T. Beliau tidak terpengaruh dengan pangkat dan kekuasaan kerana semua itu hanya sekadar alat untuknya menegakkan matlamatnya. Zulkarnain juga beriltizam menghapuskan kemungkaran dan menegakkan kebaikan di wilayah yang ditaklukinya.
Beliau juga turut mempunyai
misi iaitu melonjakkan kebenaran dan keadilan ke tahap global melalui penjelajahan dan penguasaan wilayah taklukannya. Dengan misi yang jelas menguasai dunia bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, Zulkarnain akhirnya berjaya mencapai cita-citanya dengan pertolongan Allah S.W.T.
Selain itu, beliau mempunyai
kompas hidup: bertakwa. Sebagai hala tuju kita dalam perjalanan, kompas sangat penting. Kebarangkalian akan sesat dalam pejalanan ketika dalam hutan contohnya adaalah tinggi sekiranya kita tidak membawa kompas. Oleh itu, takwa merupakan kompas di hati yang memastikan individu itu sentiasa berjalan mengikut panduan syariat di mana sahaja dia berada. Ini merupakan kekuatan Zulkarnain yang mampu menguasai timur dan barat tetapi beliau tidak dipengaruhi dengan kekuasaannya. Yang menguasainya adalah petunjuk Allah yang tetap di hatinya. Contohnya, beliau mengatakan pemberian Allah S.W.T. adalah lebih baik daripada pemberian manusia, ketika manusia ingin memberi upah untuk membina tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj.
Zulkarnain menguasai dunia melalui perancangan yang rapi. Beliau seorang yang s
entiasa mencari dan membuka peluang: berminda strategik. Pendekatan yang digunakan ialah berdasarkan sebab musabab yang pelbagai bagi mencapai matlamat. Orang Islam dituntut menegakkan Islam menggunakan hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian luar biasa bagi mencapai kejayaan. Orang yang berjaya ialah orang yang meyakini apabila dia berusaha, di hujung sana pasti ada cahaya.
Tambahan lagi beliau turut mempunyai
ilmu besi dan tembaga serta menguasai teknologi untuk berjaya. Teknologi yang digunakan oleh Zulkarnain untuk membina tembok yang begitu hebat sekali untuk membendung Yakjuj dan Makjuj.
Satu lagi faktor kejayaan Zulkarnain ialah potensi
mendengar dan memahami: berkomunikasi secara efektif. Semasa menjelajah dunia, beliau dapat menentukan tindakan yang tepat di setiap kawasan kerana beliau sudi mendengar dan memahami pendapat dan pandangan yang disampaikannya. Sebagai contoh, apabila dia sampai kepada antara dua buah gunung dan mendapati ada satu kaum yang hampir tidak difahami perkataan mereka tetapi Zulkaranain memahami percakapan mereka itu. Disini memberi petunjuk bahawa beliau mempunyai pelbagai kelebihan dan menguasai pelbagai kemahiran.
Apabila mengkaji manusia unggul seperti Zulkarnain, kita dapat melihat dari dua sudut iaitu sejarah pencapaian dan sejarah persediaan. Mengkaji sejarah pencapaian individu adalah mengkaji produk dan hasil yang dicapai. Pengakajian yang sedemikian biasanya dapat mewujudkan rasa kagum dan minat mengenali dengan lebih mendalam tentang manusia agung itu. Hal ini dapat dicontohi, kita juga akhirnya berjaya mengukir sejarah kecemerlangan diri dan umat ini.
Jangan lupa umat Islam merupakan umat pilihan yang berjaya mengukir sejarah kecemerlangan yang tiada tolok bandingnya. Kejayaan yang ditempa terhasil daripada acuan hebat yang bernama Islam. Mereka yang berjaya membawa obor Islam ke serata dunia sehingga hari kiamat apabila ingin berjaya manfaatkan formula-formula cemerlang ini.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
Cerita tentang Iskandar Zulkarnain
di sini
Dunia hanya mampu menguasai orang berjiwa kecil. Sebaliknya, dunia bertukar menjadi hamba bagi mereka yang berjiwa besar.
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 1i"
Post a Comment