Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Teruskan beribadah wahai muslimin dan muslimat. Kita sedang berada dalam zon ketiga Ramdhan iaitu terhindar azab api neraka. Itu lah janji Allah SWT bagi mereka yang bertakwa. Matlamat kita dalam bulan Ramadhan sebagai pusat latihan untuk kita menjadi insan bertakwa. Tajuk formula kali ini ialah
kuasa dalaman yang unik.
Takwa merupakan kuasa dalaman yang hebat dan unik. Saidina Umar al-Khatab bertanya kepada seorang sahabat tentang takwa. Sahabat tersebut menjelaskan tentang takwa yang maksudnya ialah hati-hati dalam hidup supaya tidak melakukan perkara haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.
Sahabat yang lain menyebut takwa sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur, jangan kufur. Kemuncak takwa ialah adalah berhati-hati pada perkara yang harus kerana kadang kala apabila individu tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Pada ketika itu mungkin dia terjebak dengan maksiat.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya tidak akan sampai makam takwa sehingga di meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya daripada sesuatu yang dilarang." Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibn Majah
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 2e"
Post a Comment