Gambar dari:
PTSAssalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya ingin berbicara tentang kecerdasan dan kejayaan hari ini. Idea ini saya pinjam dari buku yang agak baru saya beli iaitu Revolusi IQ,EQ dan SQ.
Orang yang mendapat keputusan peperiksaan atau CGPA yang tinggi sering dianggap berjaya tetapi adakah orang yang mendapat CGPA yang tinggi akan berjaya dalam masyarakat.
Satu contoh yang pernah berlaku di Havard University dan Michigan University di mana seorang pelajar yang genius dalam matematik telah mencipta bom sendiri dan membunuh 3 orang, mencederakan 20 orang, dan merancang keganasan ini selama 17 tahun. Sedangkan pada usia 2o tahun dia mendapat Ijazah sarjan dan umur 21 tahun dia mendapat doktor matematik. Sayang sekali, kehebatannya dalam bidang matematik tidak diiringi dengan kemampuannya dalam membina hubungan sosial.
Di sini menunjukkan kecerdasan intelektual(IQ)semata-mata tidak mencukupi. Bila William Stern perkenalkan IQ kepada dunia menyebabkan ramai orang yang memandang rendah kepada orang yang tidak mempuyai IQ yang tinggi walaupun mereka itu mempunyai kecerdasan yang lain.
Goleman membuat kajian dan menyatakan IQ hanya boleh menyumbang 5-10% kejayaan hidup dan selebihnya merupakan gabungan faktor-faktor lain termasuk kecerdasan emosi (EQ). Stoltz pula mengatakan IQ sebagai pohon kejayaan dan dia menulis tentang adversity quotient menyatakan kunci kejayaan adalah dengan usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor genetik, pendidikan dan keyakinan. Kecerdasan pelbagai (MI) juga dikatakan faktor kejayaan seseorang itu tetapi MI lebih menonjolkan aspek kognitif. EQ pula mengetepikan aspek-aspek spiritual dalam mendorong kejayaan. Sedangkan ketulusan, integriti, rendah hati dan kecenderungan dalam kebajikan sosial adalah penting dalam kehidupan spiritual. Kecerdasan Spiritual (SQ) bukan hanya membawa seseorang itu berjaya malah bahagia.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yg derita, hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku..
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kecerdasan dan Kejayaan"
Post a Comment