Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kejadian yang tidak diingini seperti pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya semakin menjadi-jadi di negara kita khasnya. Apakah jalan penyelesaiannya sedangkan kemajuan dari segi keduniaan semakin hebat? Manusia seolah-olah hilang nilai kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang. Kenapa semua ini terjadi?
Punca utamanya adalah ramai manusia yang tidak lagi kenal Tuhan yang Maha Agung. Sedangkan segala nikmat di dunia ini dianugerahkan oleh Allah SWT untuk dinikmati dan diguna pakai mengikut landasan agama Islam. Berapa ramai orang yang jauh dari panduan Allah SWT, malahan tidak kenal siap Pencipta yang mutlak.
Keperluan manusia kepada keluhuran iman melebihi keperluan makan dan minum manusia serta kehidupan fizikalnya. Keimanan akan menjadi lebih kuat, teguh, mantap, utuh dan tegap kepada mereka yanb beriman bersebabkan makrifat dan kefahaman serta berpunca dari pengetahuan kepada dalil-dalil dan bukti-bukti berbanding orang yang keimanannya hanya bertaklid. Oleh yang demikian, maka wajib bagi manusia menuntut ilmu tauhid supaya keimanan manusia berdasarkan taklid dapat dihindarkan.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Keperluan Menuntut Ilmu Tauhid"
Post a Comment