Dua Kalimah Syahadah adalah suatu ucapan yang berlangsung dalam bentuk yang bebas dan merdeka, tiada berlaku sebarang paksaan yang boleh didakwa oleh setiap individu muslim itu sendiri. Berlakunya pengakuan tersebut adalah terbit daripada hati sanubari yang bersih dari sebarang bentuk paksaan. Maka, mengakuilah kita bahawa Islam adalah pegangan hidup yang selamat sejahtera. Pengakuan dua kalimah syahadah adalah membuktikan perjalanan diri kita kepada Allah SWT. Ertinya, kita telah menyerah diri kita ini hanya kepada Allah SWT tidak pada yang lain. Pengakuan sumpah setia dengan menyerah diri dan harta benda kepada Allah SWT adalah suatu ujian untuk melihat keteguhan manusia, apakah benar-benar mempunyai keyakinan yang kuat dan teguh terhadap suatu kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
Belum ada komen untuk "Mukaddimah Tauhid"
Post a Comment