Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini adalah artikel ulangkaji sahaja. Ia berkaitan dengan Ibadah Puasa.
Baru-baru ini, saya mendengar kuliah maghrib yang di sampaikan oleh seorang ustaz dan saya rasa penyampaian ustaz ini jarang didengar.
Beliau menghuraikan dengan terperinci tentang syarat sah puasa sahaja.
Penerangannya memang jelas dan saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anda di blog ini.
Walaupun perkara-perkara ini nampak mudah, tapi mungkin ramai yang tidak ambil kisah.
|
Syarat Sah Puasa Yang Jarang Kita Ambil Kisah |
|
Rahsia Rezeki |
Sebagai umat Islam, kita perlu pastikan adakah puasa kita diterima oleh Allah SWT.
Syarat Sah Puasa Yang Jarang Kita Ambil Kisah
Dari segi fiqah, terdapat 4 syarat yang perlu disempurnakan, barulah sah puasa kita. Syarat sah puasa tersebut ialah:
Islam.
Orang yang bukan Islam tidak disah berpuasa. Dia boleh berpuasa, tetapi tidak mendapat ganjaran pahala.
Perlu diingat juga, Islam ini mesti berpaksi kepada akidah yang benar di sisi Allah SWT.
Jika seseorang yang melakukan perkara yang membatalkan iman bererti dia telah terkeluar daripada Islam. Apabila terbatalnya Islam, maka puasanya tidak dianggap sah lagi.
Mumaiyiz.
Merujuk kepada seseorang yang boleh membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk ataupun perkara yang bersih dan kotor.
Suci daripada haid dan nifas.
Orang yang di datangi haid adalah haram melakukan puasa. Namun, dia wajib menggantikan berapa banyak bilangan puasa yang ditinggalkan.
Puasa pada hari tertentu.
Diharuskan berpuasa pada hari yang dibenarkan sahaja seperti bulan Ramadhan. Haram berpuasa pada hari Tashrik (11-13 Zulhijjah), hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
Syarat-syarat ini memang penting untuk memastikan bahawa ibadah puasa kita menepati kehendak agama yang telah ditetapkan.
Moga bermanfaat untuk kita semua.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Syarat Sah Puasa Yang Jarang Kita Ambil Kisah"
Post a Comment