Assalamualaikum
Sedekah. Kita sering kali terfikir bahawa apabila kita mengeluarkan duit untuk bersedekah maka duit dalam dompet kita akan berkurangan. Secara logiknya, memang betul bahawa RM 20 yang kita ada jika didermakan sebanyak RM10 akan tinggal RM10.
Namun begitu Allah SWT menjanjikan kepada orang yang suka bersedekah dengan ikhlas akan ditambahkan lagi nikmat yang sedia ada. Bahkan, Nabi Muhammad SAW memberi jaminan bahawa dengan bersedekah, tidak akan berkurangan harta kita.
Persoalannya, adakah kita yakin dan percaya dengan jaminan Allah SWT dan Rasulullah SAW ini? Untuk itu, cuba kita amalkan perbuatan sedekah ini tanpa memikirkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ini kerana, janji Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak pernah mungkir.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Janji Allah dan Rasul Tentang Sedekah"
Post a Comment