Assalamualaikum
Entry ini saya ambil daripada untuk tatapan diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin membacanya. Terima kasih
Abang Shukor.
Ini merupakan dialog atau sembang dua beliau dengan tuan
Zamri Mohamad yang memotivasikan saya untuk terus menulis.
Shukor
Assalamualaikum saudara Zamri. Apa khabar?
12:09pm
Zamri
Waalaikum salam wbt, khabar baik tuan, Apa khabar?
12:09pm
Shukor
Khabar baik, masih belum terlambat nak ucap selamat berpuasa.
12:10pm
Zamri
Hahah samalah kita, sempat lagi, ada sepuluh hari.
12:11pm
Shukor
Saya mahu minta pendapat dan pandangan sikit boleh?
12:12pm
Zamri
Boleh, jika ada yang saya mampu jawab saya jawab.
12:15pm
ShukorMacam mana tuan mendapat idea menulis? Jika sudah ada idea, bagaimana dikembangkan jadi sebuah buku. Walaupun kita bukan pakar dalam tajuk yang kita hasilkan? Maaf, panjang soalan saya ini. 12:16pm
Zamri
Panjang persoalan itu, saya kena sentuh 3 perkara iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Secara ringkas begini.
12:17pm
Shukor
Baiklah.
12:17pm
ZamriPertama sekali mesti ada kemahuan menulis.
Jika tidak ada kemahuan, betapa menarik pun tawaran dunia penulisan tidak akan mengiurkan kita.
Seperkara lagi, bersedia untuk menulis walaupun tidak ada imbuhan pada peringkat awal. Menulis kerana mahu menulis.
Barulah kemudian merancang kepada penulisan yang membawa imbalan pada jangka pendek dan panjang.
Jika isu dapatkan idea ini, biasanya bergantung kepada cara kita menggunakan seluruh deria kita.
Keduanya, mendapatkan respon orang apa isu dibincangkan, dari situ kita terjemah dalam bentuk penulisan.
Dari aspek komersial, sangat bergantung pada keperluan editor kerana mereka yang membuat kajian pasaran.
Pernah saya menulis artikel semata-mata hanya melihat papan tanda sahaja, wajah orang yang sama setiap kali dan banyak lagi.
Tapi paling penting, penulis wajib ada perpustakaan sendiri, itu modal untuk berkarya. Mesti ada pelaburan untuk diri sendiri.
Kedua, jenis buku pilihan di rumah sedikit sebanyak menunjukkan bidang yang kita minat dan dapat dikembangkan dalam bentuk penulisan.
Jika mahu menulis perkara bukan pakar, sumber rujukan dan maklum balas penting. Di sini pentingnya, buku, internet, orang awam dan pakar rujuk
12:23pm
Shukor
Baru saya tahu.
12:23pm
Shukor
Banyak aspek perlu diambil kira.
12:24pm
ZamriPada peringkat awal, saya bukan pakar, tetapi saya pilih tuan Faisal Sharbuddin yang berlatar belakang India Muslim dan keluarga bisnes Mamak, menjadi penulis bersama. Saya kaji dan tulis, beliau buat saringan setiap satu fakta.. Begitulah kerjanya. Buku berkredibiliti dan berautoriti kerana ia melalui proses yang diyakini dan betul.
12:24pm
Shukor
Terima kasih banyak-banyak atas penerangan.
12:24pm
Shukor
Baru saya faham sekarang.
12:25pm
Zamri
Sama-sama moga-moga ia bermanfaat kepada tuan.
12:26pm
Shukor
Insyaallah, memang dalam perancangan mahu membeli buku tuan.
12:28pm
ZamriSaya menerima soalan-soalan seperti ini dan itu mendorong pada penghasilan buku itu semoga ramai dapat berkarya dan menyebarkan ilmu yang memandaikan bangsa, seperti kata tuan guru kepada saya. 12:29pm
Shukor
Ya, ilmu yang dimanfaatkan untuk bangsa kita
12:34pm
Shukor
Saya doakan tuan dapat hasilkan lebih banyak buku yang mendorong orang lain untuk berjaya. Insyaallah!
12:36pm
Zamri
Terima kasih tuan, doa tuan sebagai saudara Muslim adalah yang paling penting dalam hidup saya. Di situlah kekuatan untuk saya berkarya. Semoga saya berpeluang membaca buku Tuan pada masa akan datang.
Belum ada komen untuk "Dialog Yang Memotivasikan : Buat Duit Dengan Menulis Buku"
Post a Comment