Pada suatu petang yang damai.
"Atuk hendak ke mana? "tanya Amin kepada atuk yang hendak keluar dari rumah.
"Hari ini telah sampai pengakhiran hujung tahun. Atuk hendak menyambut tahun baru." jawab atuk.
"Hari ini baru 14 haribulan November 2012." Amin kebingungan.
"Cuba kamu lihat kalendar Islam." balas atuk
Amin pun bergegas ke ruang tamu rumah atuknya mencari kalendar di dinding.
"Ya lah atuk, hari ini 29 Zulhijjah 1433 Hijrah." ujar Amin dari ruang tamu.
"Tetapi atuk, maghrib lewat lagi. Kenapa atuk keluar awal sangat?"
"Memanglah lewat lagi. Tetapi kita ada majlis di surau. Sebelum maghrib kita digalakkan membaca doa akhir tahun."
"Manakala selepas masuk waktu maghrib kita digalakkan membaca doa awal tahun."
"Setiap tahun kita amalkan doa ini."
"Kalau begitu saya pun hendak ikut juga."
"Baiklah, atuk tunggu kamu. Cepat sedikit Amin."
"Ya Allah, semoga amalan yang kami lakukan ini dapat diteruskan sehingga akhir hayat. Tiada amalan yang dapat kami persembahkan kepada Mu." atuk berdoa dalam hatinya.
Fikirkan
1 Muharram merupakan tarikh penghijrahan Rasulullah SAW. Peristiwa hijrah Rasulullah SAW mempunyai ibarah yang cukup luas Hasil penghijrahan Rasulullah SAW, agama Islam dapat dikembangkan dengan begitu meluas sekali. Negara Islam dapat diperintah dengan aman.
Meskipun penghijarahan Rasulullah SAW merupakan penghijarahan yang akhir dan tiada lagi selepas itu, tetapi hijrah untuk diri kita belum berakhir. Ini kerana setiap hari kita perlu berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik. Nafsu dan syaitan tidak pernah berhenti mengajak kita untuk melakukan kejahatan.
Marilah kita menanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang taat kepada perintah Allah SWT.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Hijrah Berulang Kali"
Post a Comment