Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita mendapat doa dan syafaat baginda Muhammad SAW.
Sebagai orang awam, hampir setiap hari, celik sahaja mata kita sudah fikirkan apa mahu makan hari ini. Bila sudah makan mula fikir kerja atau cari rezeki.
Kalau boleh kita mahukan rezeki datang melimpah ruah dengan sekali buat kerja sahaja. Lepas itu duduk berehat tanpa buat apa-apa?
Boleh kah begitu?
Wallahu'alam...Saya pun tidak tahu. Tanyalah iman sendiri.
Tetapi, apa yang saya faham Allah SWT takdirkan kita hidup di dunia ini supaya kita dapat beribadah kepadaNYA.
|
Rezeki Duit |
Bukan duduk goyang kaki sahaja. Kita mesti berdoa dan berusaha.
Selagi kita hidup, buatlah apa-apa pun yang menjadi asbab untuk kita mendapat rezeki.
Namun begitu, kita wajib meyakini bahawa
asbab untuk mendapat rezeki dan
rezeki itu sendiri adalah milik Allah SWT. Bukan milik kita.
Berbalik kepada tajuk Apa Guna Rezeki Banyak Tetapi Hidup Merana
Apa Guna Rezeki Banyak Tetapi Hidup Merana
Ya, memang ramai orang yang teringin rezeki yang banyak kerana dengan rezeki banyak, hidup jadi bahagia.
Berhati-hati kalau kita berfikiran sebegitu.
Kenapa tidak boleh fikir begitu?
Bukan tidak boleh, tetapi dalam dunia ini kisah hidup manusia berbeza-beza. Tidak semua orang yang banyak rezekinya hidup bahagia.
Memang ada orang yang kelihatan kaya tetapi hidupnya susah. Duit banyak tetapi gunakan untuk berfoya-foya, minum arak, membazir dan lain-lain lagi.
Itu baru sedikit sahaja contohnya. Ada banyak lagi.
Jadi, hari ini saya ingin kongsi dengan anda ciri-ciri orang banyak rezeki tetapi hidupnya celaka.
Ciri-ciri orang banyak rezeki tetapi hidupnya celaka
#1 Penakut.
Ada orang yang rezekinya banyak tetapi hidupnya penuh dengan ketakutan. Takut dirompak, ditipu, disamun dan sebagainya.
Lantas, di mula mencari jalan penyelesaian untuk mengamankan dirinya dengan memasang kamera CCTV, membela anjing penjaga, mengupah pengawal dan lain-lain cara.
Lebih teruk lagi, dia takut sehingga hilang kepercayaan kepada sesiapa sahaja. Akharnya, dia tidak ada teman kerana dia bimbang orang itu mempunyai niat buruk terhadap diri dan hartanya.
#2 Kecewa.
Ada juga orang yang kaya rezekinya hidup dalam kekecewaan kerana mereka mengharapkan pujian manusia.
Manusia bersifat lemah. Tidak semua orang akan memuji kekayaan yang dia ada.
Ini kerana, kalau kita rasa kita adalah orang yang paling kaya. Kita salah. Ada lagi yang lebih kaya.
Dia tidak mengharapkan pujian Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki.
Hidupnya akan terus merana kerana dia lupa kepada Allah SWT dan dia menyangka rezeki yang dia ada adalah hasil usahanya sendiri.
#3 Penjaga harta.
Orang yang terlalu sayang dengan hartanya boleh jadi penjaga harta. Setiap detik, dia akan memastikan hartanya berada dalam keadaan selamat.
Dia takut hartanya dicuri atau dirompak. Dia takut dirinya ditipu. Dia cemas kalau hartanya berkurang.
Dia menjadi seorang yang kedekut dan takut untuk bersedekah.
Orang sebegini dikategorikan sebagai celaka dan merana. Ini janji Allah SWT. Cuba baca terjemahan Al-Quran di bawah ini.
" Sekali-kali janganlah orang yang kikir dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karniaNya, menyangka bahawa kekikiran itu baik bagi mereka. Sebenarnya kekikiran itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan (Q.S. Ali Imran 180).
Satu lagi terjemahan Al-Quran.
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah (fi sabilillah), maka beritahukanlah kepada mereka (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengan dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka, inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang apa (akibat dari) yang kamu simpan itu (Q.S. At Taubah : 34-35).
#4 Zalim
Oleh kerana orang yang banyak harta merasa dirinya lebih dari yang lain akhirnya timbul rasa sombong dan bangga, serta meremehkan orang lain.
Malahan, dia sanggup menggunakan hartanya untuk menunjukkan kekuasaannya, membeli kehormatan orang lain dan menganiayai orang lain yang dia tidak suka.
Mungkin, tatkala dia berasa puas dengan kezalimannya tetapi dia lupa akan azab Allah SWT pasti membuatkan dia merana dan celaka.
#5 Sakit Hati.
Orang yang ada sakit hati hidupnya sukar mahu tenang.
Sakit hatinya adalah kerana ada iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan rezeki orang lain
Walaupun dia sudah ada rezeki tersendiri, tetapi dia tidak boleh lihat orang lain lebih daripadanya.
#6 Biasa Dengan Dosa.
Orang yang memiliki banyak rezeki tetapi rezekinya itu habis digunakan untuk melakukan hal-hal yang sia-sia atau dosa.
Rezeki seperti harta yang banyak itu digunakan melakukan maksiat umpamanya mabuk, berzina,bermain judi dan sebagainya.
Dia kekal dengan dosa yang berpanjangan.
Orang ini memang nafsu nya rasa puas tetapi jiwanya memang tidak akan tenang dan hidupnya porak peranda.
Begitulah sedikit sebanyak ciri-ciri orang banyak rezeki tetapi hidupnya merana.Moga-moga kita dipelihara daripada perkara-perkara di atas.
Untuk itu, saya amat menyarankan anda amalkan
Panduan Rezeki Melimpah Ruah Tetapi Berkat.
InsyaAllah rezeki anda akan datang mencurah-curah, hidup bahagia dan tenang.
Belum ada komen untuk "Apa Guna Rezeki Banyak Tetapi Hidup Merana"
Post a Comment