Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, saya sudah memiliki buku 4 buah buku karangan Ustaz Yusuf Mansur.
|
10 Amalan Ustaz Yusuf Mansur | Cara Menarik Rezeki Melimpah Ruah |
Kesemuanya, berkisar tentang
rezeki dan yang terpenting sekali ialah bagaimana mahu yakin kepada Allah SWT.
Bagi rakyat Malaysia mungkin tidak ramai yang mengenali beliau, namun di Indonesia, nama Ustaz Yusuf Mansur memang cukup terkenal.
Baiklah, mari kita amalkan 10 Amalan Ustaz Yusuf Mansur | Cara Menarik Rezeki Melimpah Ruah.
10 Amalan Ustaz Yusuf Mansur | Cara Menarik Rezeki Melimpah Ruah
Uztaz Yusuf Mansur mengatakan bahwa tidak ada sesuatu yang tidak mungkin selama kita berusaha.
Demikian juga keinginan menjadi orang kaya, banyak duit dan rezeki melimpah-ruah, bukankah Muslim itu wajib kaya?
Oleh itu beliau ajarkan riyadhah atau amalan yang jika dilaksanakan terus menerus, Insya Allah akan mendapatkan rezeki melimpah ruah.
Pada peringkat pembelajaran, ia boleh lakukan selama 40 hari terlebih dahulu. Diharapkan setelah 40 hari , amalan ini diteruskan dan kalau boleh ditingkatkan lagi.
Tujuan, melakukan amalan ini selama 40 hari tanpa henti adalah supaya ia menjadi kebiasaan yang tidak mahu ditinggalkan oleh pelakunya.
# 1. Biasakan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu
Seboleh mungkin lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba’diyahnya.
Qabliyah adalah solat sunat sebelum solat wajib iaitu:
2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum ashar, 2 rakaat sebelum maghrib, sebelum Isyak dan sebelum subuh.
Sementara Ba’diyah adalah solat sunat sesudah solat fardu, iaitu:
2 rakaat setelah zohor, setelah maghrib dan setelah Isyak.
Jangan lupa solat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah tangguh melakukan solat. Sebaik sahaja azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.
# 2. Biasakan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
Solat tahajud adalah salah satu solat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimum 2 rakaat.
Tetapi Ustaz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat.
Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab.
# 3. Baca Surah Al Waqiah
Inilah surah yang boleh melancarkan rezeki ” Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni).
Jangan lupa membaca surah ini sesudah solat subuh atau sesudah solat isyak.
# 4. Rutinkan solat dhuha
Solat sunat dhuha juga boleh melancarkan rezeki.
Solat sunat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari beranjak naik sampai sebelum dhuhur.
Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang kuat boleh lakukan sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).
# 5. Baca zikir sesudah solat
Setelah solat jangan terus berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali.
|
10 Amalan Ustaz Yusuf Mansur | Cara Menarik Rezeki Melimpah Ruah |
Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.
# 6. Amalkan membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, bisa juga 100 kali setiap hari dan bisa dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).
# 7. Amalkan mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Ini kerana, setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari maupun tidak.
# 8. Amalkan membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil 'azim 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang.
Boleh dilakukan selesai solat sunat dhuha dan setelah melakukan ibadah solat asar atau menjelang maghrib.
# 9. Amalkan baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila-bila sahaja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.
# 10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Walau bagaimana mengantuk sekalipun, jangan terus tidur tanpa lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua.
Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).
Lakukan 10 amalan ini selama 40 hari. Usahakan jangan tinggal. Boleh dibuat check list untuk membantu memeriksa adakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum.
Bagi wanita yang ada haid boleh berhenti sejenak dan sambung kembali setelah suci.
Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam..
Belum ada komen untuk "10 Amalan Ustaz Yusuf Mansur | Cara Menarik Rezeki Melimpah Ruah"
Post a Comment