Gambar dari: www.skylight.science.ubc.ca
Secara ringkasnya, tujuan belajar adalah untuk mengubah tingkah laku dari pada kurang baik kepada yang baik atau daripada baik kepada lebih baik. Berdasarkan sedikit pembacaan yang saya buat tentang tip belajar, apa yang hendak saya kongsi hari ini ialah faktor untuk mengekalkan terus belajar. Untuk belajar kita perlu ada:
- Dorongan
- Sikap
- Tabiat
Dorongan ialah perkara yang menjadi tujuan atau matlamat belajar dan boleh menjadi perangsang untuk belajar. Dorongan untuk bersungguh-sungguh belajar boleh dikuatkan dengan kata-kata semangat seperti "siapa berusaha dia berjaya".Antara dorongan untuk diri individu ialah mesti
- Ada matlamat belajar
- Kepuasan menuntut ilmu
- Harapan belajar
Sikap murupakan perbuatan yang boleh di bahagikan kepada dua iaitu sikap yag positif dan negatif. Antara sikap positif ialah:
- Yakin terhadap kebolehan dan usaha sendiri
- Tidak malu bertanya
- Kelemahan dalam pencapaian ujian contohnya dijadikan pemangkin untuk terus berusaha dan azam
- Berdisiplin (belajar mengikut perancangan teratur)
- Sedia menerima teguran dan nasihat membina
- Sentiasa bersedia
- Menyiapkan tugas secepat mungkin
- Tawakal
Tabiat boleh diertikan sebagai amalan yang dilakukan adalah sebab rutin dan perbuantan yang dilakukan tanpa berfikir terlebih dahulu (Khalid Mohamd Nor, 2006). Kajian mendapati tabiat dibentuk secara bersansur-ansur dan boleh dibentuk dengan melakukan perbuatan tersebut berulang-ulang. Kita perlu membentuk tabiat kerja yang bersistem dan tersusun serta dilazimkan. Perlu mengikis tabiat malas, sambil lewa dan menangguh-nangguhkan kerja.
Marilah kita terus dan terus mencari ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Faktor Belajar"
Post a Comment