http://tianarief.multiply.com/links/item/380/Penyakit_Kambuh_di_Hari_Lebaran
Hari ini, Terengganu cuti peristiwa (kes menang sukma 2008). Tetapi saya tetap datang pejabat untuk siapkan mini projek yang saya rancang dengan kawan saya Rafiq. Sebelum memulakan projek kami, saya nak buat nota sikit.
Sebagai makhluk hidup, kita perlu makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan! Manusia yang menjadikan matlamat hidupnya untuk makan, memungkin seseorang itu terjebak dengan kancah kemungkaran kerana tuntutan kelaparan menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram.
Saya ada menulis dalam entry lepas yang saya post bahawa manusia terdiri daripada 2 unsur iaitu jasmani (lahiriah) dan rohani(batiniah). Ramai guru-guru agama ada membahas mengenai perkara ini, tapi di sini saya ingin jadikan nota yang boleh dijadikan manfaat.
Setiap hari kita menuntut makanan yang menjadi keperluan untuk mendapatkan tenaga atau menyempurnakan permintaan kelaparan. Ada yang makan sebanyak 3 kali, 4 kali, 5 kali, lebih atau kurang daripada yang sebutkan tadi dalam masa sehari. Tuntutan jasmani adalah seperti nasi, mee goreng, laksa, ayam goreng dan sebagainya. Bagi menyempurnakan tuntutan makanan jasmani kita mesti mencari kerja dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wang dan kita dapati kebanyakkan manusia berjaya menyempurnakan tuntutan jasmani.
Tapi kita sering lupa dengan tuntutan makanan rohani rohani yang sangat mendambakan makanan. Makanan rohani adalah seperti menuntut ilmu agama Islam, berzikir, membaca Al-Quran, memikirkan kebesaran Allah S.W.T., berselawat, membaca bahan ilmiah, berakhlak mulia dan sebagainya. Adakah kita menyediakan jadual untuk mengisi kelaparan rohani? Tepuk dada tanya lah iman.
Makanan jasmani yang mencukupi menyumbang kepada kesihatan tubuh badan manakala makanan rohani yang banyak memungkinkan kepada melahirkan insan yang berakhlak mulia lagi ikhlas.
Mari lah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
abang long,
ReplyDeletetry lawat blog saharil..dia ada komen blog hang..
insyaAllah..membaca salah satu makanan rohani ka?
http://www.saharil.com/default.asp?e=0421_outofline2