Alhamdulillah pagi tadi saya kembali ke Parit Hj. Rais dengan selamat. Setelah lebih kurang dua bulan saya meninggalkan rumah sewa kami ini. Jadi banyak lah habuk-habuk yang terpaksa kami bersihkan. Biasalah tu... Kepenatan masih terasa sebab tak dapat nak tidur nyeynak dalam bas, sejuk yang tersangat-sangat. Hari ni saya hendak menulis sedikit tentang pergi dan kembali. Kita tidak akan terpisah dari perlakuan pergi dan kembali. Dalam kehidupan kita ada yang pergi sekolah waktu pagi dan kembali ke rumah waktu petang, ada yang pergi kerja dan kembali kepada keluarga bila habis waktu kerja, ada yang pergi merantau dan kembali ke tanah halaman serta bermacam-macam lagi. Yang pasti, setiap makhluk yang telah 'pergi ke dunia fana ini akan kembali ke pengkuan Allah S.W.T.'. Kenapa kita sering mendengar ungkapan kembali ke pangkuan Allah S.W.T. dengan kematian seseorang? Untuk menjawab soalan ini kita harus tahu dari mana kita datang? Ya betul, jawapan untuk soalan kedua ada dalam soalan pertama. Boleh rujuk mana-mana kitab dan buku yang diyakini atau rujuk kepada Guru yang layak. Kita semua datang dari Allah S.W.T dan akan kembali ke pangkuan Allah S.W.T. apabila sampai waktunya. Kita diberi peluang untuk pergi ke dunia ini dan tidak tahu bila akan kita kembali, persoalan yang wajib kita utamakan adakah kita menggunakan kebenaran Allah S.W.T. menjalani hidup dengan sebaik-baiknya? Adakah kita menurut segala perintah-Nya? Adakah kita meninggalkan larangan-Nya? Ingatlah! apa yang kita buat semasa kita pergi ke dunia akan ditanya apabila kita kembali. Setiap perbuatan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Sememangnya kita perlukan ilmu untuk mengetahui perkara yang baik (halal) dan buruk(haram). Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Pergi dan Kembali"
Post a Comment