Gambar dari www.lhs.berkeley.edu/.../SunsetView_marco.jpg
Tanggal 12 Jun 2008 merupakan tarikh akhir saya menjalani Latihan Mengajar (LM) di Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT). Banyak kenangan serta pengalaman yang saya timba di sini dan InsyaAllah akan saya jadikan ilmu berguna dalam hidup saya. Saya bersama rakan-rakan mula melaporkan diri di sini pada 20 April lalu dan hari ini merupakan hari akhir LM tapi masih ada satu peperiksaan yang perlu saya jaga.
Terbit juga perasaan sedih yang terpaksa saya hadapi setiap kali berdepan dengan 'perpisahan'. Terengganu merupakan negeri ke 5 yang sempat saya tinggal dalam tempoh yang agak lama selepas saya menduduki peperiksaan SPM. Bagi saya perasaan itu cuma seketika sahaja kerana semua ini adalah Sunnatullah yang mesti dihadapi manusia.
Walau bagaimana pun ada perpisahan yang mesti kita tanam sedalam-dalamnya dalam hati dan ingatan kita sentiasa iaitu perpisahan jasad dan roh. Bukan setakat kesedihan malah ketakutan yang amat sangat akan tampil buat diri dan semua orang. Perpisahan yang pasti datang tanpa signal atau petanda. Bersediakah kita dengan bekalan untuk menemui Rabbi?
Setiap makhluk ada permulaan dan ada pengakhiran. Hanya Allah S.W.T. yang Maha Kekal. Semoga Allah S.W.T. memberi rahmat kepada kita untuk mencapai syurga abadi.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Assalmualaikum...
ReplyDeleteOrg dah pergi kolej akademia taiping...
performance of the company very bad..
ad problem dari segi gaji..
"tundukkan hati" dah beli?cover page color orange
salam..
ReplyDeleteorang dah buat keputusan xjadi pg akademia..
gaji rendah sgt....
tapi masih memikirkan offer typist...
hang bila balik kg bila?
hari tue org dh balik..kg..
bila pg jadi pensyarah pengiring