Sejak lepas solat subuh tadi saya terfikir bermacam-macam idea yang hendak saya tulis dalam blog hari ini tapi idea yang datang barcampur-aduk sehingga saya sukar untuk membuat pilihan.
Masa saya jaga peperiksaan tadi saya teringat satu cerita yang saya dengar dalam satu kuliah. Cerita ini mudah untuk kita faham macam mana hendak membezakan antara yakin dan percaya. Begini ceritanya...
Seorang guru bertanya kepada murid-muridnya dalam kelas, "kalau saya panggil seseorang yang kamu tidak kenali, tetapi saya katakan yang dia seorang pemanah yang mahir. Adakah kamu semua percaya?" Maka seluruh murid mengatakan "Tak!".
Kemudian orang yang dimaksudkan oleh guru tersebut dipanggil ke dalam kelas untuk menunjukkan kehebatannya memanah. Orang tersebut pun mula memanah dan panahan pertama mengenai tepat di tengah-tengah sasaran. Panahan kedua juga tepat di tengah-tengah sasaran sehingga panahan kelima juga sama mengenai titik tengah sasaran.
Seterusnya guru tersebut bertanya kepada murid-muridnya lagi, "sekarang kamu percaya atau tidak bahawa dia seorang pemanah yang hebat?". Maka seluruh kelas mengatakan percaya bahawa dia seorang pemanah yang hebat.
Kemudian guru tersebut memanggil seorang murid secara sukarela untuk datang ke depan kerana pemanah tersebut akan membuat demonstrasi memanah buah anggur tetapi diletakkan di atas kepala. Tiada seorang pun yang berani untuk tampil kehadapan.
Maka guru itu pun berkata kepada murid-muridnya "kamu semua hanya setakat
percaya bahawa orang ini seorang pemanah yang mahir tetapi kamu tidak
yakin bahawa dia seorang pemanah yang mahir.
Melalui cerita ringkas di atas saya fikir tahap yakin lebih tinggi daripada percaya. Kita perlu memahami konsep ke
yakinan secara terperinci kerana dalam Islam sangat di titik beratkan mengenai keyakinan terutama dalam bab Tauhid. Ilmu Tauhid ibarat akar umbi umat Islam yang perlu difahami, diperteguhkan dan dipertahankan.
Kalau semua umat manusia
yakin bahawa Allah S.W.T. sentiasa melihat walau dimana berada. InsyaAllah akan aman makmur alam ini terhindar daripada perkara-perkara buruk seperti kecurian, pembunuhan,zina dan bermacam-macam gejala maksiat lagi.
Huraian tentang bab
yakin secara mendalam perlulah dirujuk kepada guru-guru yang alim lagi layak dan pembacaan bahan yang diyakini perlu berterusan. Marilah kita terus dan terus mencari ilmu..
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Yakin dan Percaya"
Post a Comment