Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya rasa motivasi saya agak berkurangan dalam dua tiga hari ini. Saya mencari punca menurunnya motivasi saya terutama apabila ingin melakukan tugasan, kenapa?
Saya fikir,sejak awal semester saya dapat melakukan kerja dengan bersemangat apabila hari yang ada kelas sahaja, tetapi apabila cuti saya mula buat kerja dalam kadar yang sangat perlahan kerana berfikiran bahawa "masa masih ada...".
Minggu ni saya ada kelas cuma sehari, maknanya enam hari saya bercuti. Jadi saya rasa
cuti mungkin menjadi salah satu faktor besar yang menyebabkan motivasi saya turun kerana minda saya terpengaruh dengan perkataan
cuti.
Cuti biasanya dikaitkan dengan perbuatan berehat-rehat dan bersantai-santai dan melakukan berbuatan yang tiada berkenaan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Puas saya melawan minda supaya mengarahkan seluruh anggota untuk melakukan kerja yang masih bertimbun-timbun.
Tetapi masih belum berjaya..kenapa? Saya buka komputer dengan hasrat menyiapkan tugasan, tetapi cepat betul godaan syaitan membisikkan bahawa hari ini tiada kelas dan tugasan yang hendak dihantar hari ini boleh ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Lama saya renung, fikir dan usaha untuk buat kerja, tetapi masih belum berjaya...
Akhir sekali saya buat keputusan, saya tutup komputer dan pergi ke kampus induk sebab hari ini ada pameran penyelidikan. Saya harap Allah beri saya semangat dan kekuatan untuk saya kembali bermotivasi dan berfikiran positif.
Saya terus bersiap tanpa berfikir panjang kerana risau minda saya beralih kepada memikirkan melakukan kerja lain yang tidak berfaedah. Matlamat saya ialah mencari sesuatu yang memotivasikan diri...
Saya buat yang saya fikirkan. Saya jalan-jalan di pameran penyelidikan. Saya pergi perpustakaan. Saya solat zohor di masjid UTHM. Saya singgah di karnival ilmu...Kemudian saya balik rumah.
Alhmdulillah terbuka sikit minda saya, masa saya pergi perpustakaan tadi sempat saya capai sebuah buku kecil dan pinjam. Buku bertajuk Imaginasi Ke Arah Kejayaan. InsyaAllah nanti saya kongsikan dalam blog ini.
Kemudian saya berfikir kembali, cuti tidak bersalah, tetapi yang bersalah ialah diri sendiri. Sememangnya cuti untuk kita berehat, tapi masa yang hendak kita isi mestilah sesuatu yang bermanfaat. Barulah cuti itu bermakna. Untuk dapatkan motivasi banyak caranya antaranya banyakkan baca bahan atau buku motivasi, banyakkan dengar nasihat orang yang baik, berfikirlah secara positif dan bergaul dengan orang yang baik. Motivasi juga ada disekeliling kita yang berdekatan. Contohnya kita tengok rakan kita yang suka membaca, jadikanlah ia sebagai salah satu sumber motivasi untuk kita juga rajin membaca.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).
Belum ada komen untuk "Cuti"
Post a Comment