Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Adakah anda ceria hari ini? Ceria-ceriakan diri kita supaya kita dapat melakukan ibadah harian dengan tenang. Pakar kaunseling pernah menyebut untuk mendapatkan keceriaan hidup di siang hari kita perlu senyum apabila bangun pagi dengan membaca doa bangun pagi. Cubalah! InsyaAllah berkesan.
Hari ini saya ingin berbicara tentang sikap proaktif. Saya terbaca buku karangan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan yang bertajuk Mendorong Diri Sendiri dan mereka ada menyebut tentang sikap proaktif.
Dalam kehidupan ini kita sering terjumpa terdapatnya individu yang dikatakan pandai di sekolah kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperikasaan tetapi individu tersebut dianggap biasa ketika di alam pekerjaan. Ada pula sebaliknya di mana individu yang dianggap berjaya dalam kerjaya namun kehidupan mereka merupakan pelajar yang sederhana ketika di sekolah.
Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2002), tingkah laku proaktif dipunyai oleh individu yang berjaya kerana mereka yang bersikap proaktif suka mengambil daya usaha untuk mengubah keadaan di sekelilingnya supaya sesuai dengan kehendaknya.
Tingkah laku proaktif merupakan sikap yang diambil sendiri oleh seseorang individu yang berdasarkan daya usahanya sendiri. Contohnya seseorang yang bosan dengan susunan peralatan rumahnya, lalu dengan proaktif dia bertindak mengubah susunan peralatan tersebut.
Mereka yang pintar ketika di sekolah, namun menjadi orang biasa dalam kerjaya kerana mereka tidak mempunyai sikap proaktif kerana mereka tidak mempunyai daya usaha sendiri (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan,2002). Malah mereka mempunyai sikap reaktif iaitu sikap melakukan sesuatu pekerjaan sebagai tindak balas kepada perkara-perkara yang berlaku di luar diri mereka. Kesannya ditempat kerja mereka akan melakukan tugasan mengikut apa yang diarahkan sahaja.
Sumber:
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002).
Mendorong Diri Sendiri. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jadilah Seorang Yang Proaktif"
Post a Comment