Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Hari ini saya sempat baca sebuah buku yang saya rasa bagus dibaca oleh semua khususnya pelajar-pelajar. Tajuk buku ialah 7 Rahsia Kecemerlangan Akademik karangan Mohamad Shatar Sabran (2005) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Huraian buku ini saya rasakan mudah difahami untuk pelajar di peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi.
Secara adat, para pelajar sentiasa mengimpikan kejayaan akademik. Justeru itu, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik memerlukan teknik belajar yang betul serta usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
Buku ini menyajikan teknik dan strategi yang berguna untuk dituruti oleh pelajar-pelajar.Secara ringkas, 7 rahsia itu ialah:
- Motivasi Diri
- Pengukuhan Kerohanian
- Penggunaan Perpustakaan
- Pembacaan berkesan
- Menghasilkan Nota Lengkap
- Perbincangan Kumpulan
- Persiapan Peperiksaan
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Rahsia Cemerlang Akademik"
Post a Comment