Antara rahsia penting untuk berjaya dalam perkerjaan dan belajar ialah penumpuan atau fokus. Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya. Walaupun, ada sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, tetapi penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan InsyaAllah.
Antara perkara yang menyokong penumpuan kita ialah
dorongan kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh dan sekiranya dorongan terhadap pembelajaran adalah lemah, maka hatinya atau minatnya akan tertarik kepada matlamat lain. Natijahnya, apabila minat sudah beralih kepada yang lain, penumpuan dan fokus pun berkurangan. Jadi, tingkatkan dorongan terhadap pelajaran.
Perkara lain yang terlibat dengan penumpuan ialah
otak di mana kalau pancaindera kita melakukan perkara lain semasa belajar menyebabkan fokus kita kurang. Ini kerana otak berperanan bukan sahaja untuk berfikir tetapi juga untuk mengawal pancaindera. Perbuatan lain ketika belajar akan memaksa otak untuk membahagikan berfikir dan mengawal pancaindera.
Pancaindera pula mempunyai kekuatan sebagai deria. Isyarat deria akan dihantar kepada otak. Jesteru itu, jika kita terasa sakit, mata kita melihat sesuatu dan telinga kita mendengar sesuatu, otak kita akan menerima isyarat. Rangsangan luar seperti penglihatan, pendengaran dan rasa akan mneghasilkan deria yang memaksa otak dan sukar dikawal. Ketika belajar, penumpuan yang penuh terhadap pelajar adalah perlu untuk mencapai objektif belajar. Maka itu, keseluruhan pancaindera seharusnya digabungkan untuk menghantar maklumat kepada otak supaya tertumpu sepenuhnya kepada satu perbuatan iaitu belajar.
Antara yang mengganggu tumpuan semasa belajar ialah
- Melihat gambar yang menjolok mata semasa belajar. Ini kerana fikiran mudah melayang kerana mudah teringat gambar-gambar yang lucah.
- Telinga mendengar bunyi-bunyian yang mengganggu fikiran
- Mulut dan lidah seperti bercakap perkara lain dari pelajaran, makan atau minum
Sikap ingin tahu turut membantu penumpuan terhadap pelajaran. Apabila kita membaca kerana ingin tahu boleh mewujudkan fokus yang tinggi. Sekiranya membaca disebabkan untuk mengingat dan mengahafal melahirkan penumpuan yang agak kurang.
Kerja perlahan dan berlengah-lengah juga boleh mengganggu penumpuan kita terhadap kerja yang lakukan.
Kecergasan jasmani yang tidak berada dalam keadaan sihat dan segar menghilangkan fokus kita. Contohnya permakanan yang tidak sihat, makan yang kurang sehingga mendatangkan lapar boleh mengganggu tumpuan dan rehat yang tidak mencukupi mendatangkan lemah dari segi kecergasan jasmani.
Mengantuk dan
lesu fikiran juga menjadi punca hilangnya tumpuan. Mengantuk di sebabkan tidak cukup tidur atau makan yang terlalu kenyang. Lesu fikiran pula kerana wujud perasaan bosan ketika belajar contohnya.
Suasana tempat belajar memang mempengaruhi penumpuan dan fokus kita belajar. Suasana yang tidak sesuai untuk belajar mendatangkan rasa bosan, mengantuk dan bermacam-macam kesilapan. Faktor suasana yang berpengaruh ialah pencahayaan, susunan perabot dan peralatan belajar serta pengudaraan. Suasana tempat belajar yang sesuai menarik minat kita untuk belajar dan meningkatkan penumpuan.
Sumber:
Khalid Mohamad Nor,(2006). Belajar Teknik Belajar.Selangor. PTS Millennia
Marilah kita terus dan terus belajar serta beramal...
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Belum ada komen untuk "Tumpuan & Fokus"
Post a Comment