Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam saya tidak sempat menghantar entri ke dalam blog ini kerana masalah internet yang masih tidak selesai. Hari ini Alhamdulillah, nampak ok sikit. Saya ingin menyambung tentang keyakinan diri
Sebelum kita melakukan sesuatu perkara kita sebenarnya meyakini diri kita bahawa kita boleh lakukan. Apatah lagi seseorang ingin berjaya, semsetinya dia terlrbih dahulu percaya diri sendiri dan yakin kekuatan diri sendiri.
Orang yang dianggap berjaya mempunyai keyakinan diri sendiri yang kuat. Keyakinan mereka pada tujuannya mendekatkan mereka kepada pekerjaan yang mereka inginkan. Bertolak dari keyakinan itu, akhirnya tujuan yang pada awalnya bersifat sementara, sedikit demi sedikit menjadi kenyataan. Seterusnya kejayaan dapat dicapai seperti yang harapkan dalam waktu sepatutnya.
Dalam apa kerja yang kita lakukan seperti membuat tugasan, melakukan kerja harian, menyiapkan laporan, menyempurnakan projek dan sebagainya memerlukan keyakinan diri supaya kita dapat melakukan kerja dengan bersemangat.
Yakinilah diri kita sendiri, insyaAllah kita akan berjaya. Apabila kita menyakini diri kita mampu melakukan sesuatu kerja, sebenarnya kita berdoa agar kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal.
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
Artikel berkaitan yang lainnya:
salam..
ReplyDeletekeyakinan pada diri mcm mana hubungan nya dengan tawakal?
mcm mana nak kaitkan...keyakinan pada Allah?
Salam...
ReplyDeleteRingkasnya, Tawakal berserah diri kepada Allah S.W.T. Keyakinan diri merupakan tanda syukur kita kepada Allah S.W.T. dengan nikmat yang Allah S.W.T anugerahkan kepada kita. Sila baca entri sebelum ini (yakin diri). Ada disebut tentang saya yakin Allah S.W.T. ada dimana-mana. Ini merupakan tanda Tawakal dan hakikat yakin sebenarnya kepada Allah.