Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat lagi kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Sama-samalah kita panjangkan hadiah Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat, wali-wali, tabiin-tabiin, ke dua ibu bapa, guru-guru, sanak saudara dan seterusnya muslimin dan muslimat seluruh dunia sejak Nabi Adam AS hingga ke hari kiamat. Al-Fatihah!
Bangaimana sambutan Aidul Fitri tahun ini? Pelbagai makanan terhidang di setiap rumah yang kita kunjung, tentu mengenyangkan. Bertemu sanak saudara yang sekian lama terpisah, merawat perasaan rindu yang tersemat dan mengeratkan lagi persaudaraan sesama insan. Program di kaca televisyen belum habis menayangkan rancangan-rancangan berbau raya untuk menyegarkan suasana raya.
Hari raya yang disambut setiap tahun oleh seluruh umat Islam merupakan simbolik kemenangan kepada umat Islam yang telah berjaya menjalani bulan tarbiyah dalam menentang hawa nafsu. Proses mentarbiyah diri akan dapat dirasakan oleh mereka yang bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Namun, kesinambungan tarbiyah Ramadhan belum lagi sampai ke penghujungnya. Masih ada saki baki untuk menyempurnakan pentarbiyahan tersebut iaitu dengan melakukan puasa sunat bulan Syawal.
Antara ganjaran puasa sunat 6 hari bulan Syawal umpama berpuasa sepanjang tahun. Kalaulah sepanjang umur baligh hidup di dunia, kita dapat melakasanakan puasa Ramadhan penuh dan di tambah dengan puasa sunat 6 Syawal dengan ikhlas maka sepanjang tahun umur hidup kita berpuasa. Renung-renungkanlah.
Masih belum terlambat untuk memulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal dan jangan terlalu lewat menangguhkan untuk memulakan puasa kerana hari ini sudah masuk Syawal yang ke 9. Tinggal lagi 20 hari untuk kita berpuasa sunat. Bukan apa, dalam bulan ini banyak cubaan dan syaitan pulak merempet sana sini mencari mangsa untuk di sesatkan dan ditambah lagi dengan majlis rumah terbuka dan kenduri kendara yang tidak henti-henti.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal…
Syaitan itu musuh yang nyata
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Pentarbiyahan Ramadhan Belum Berakhir"
Post a Comment