Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Wahai manusia yang mengaku beriman! Wahai manusia yang mengaku Islam! Lihat kepada dunia hari ini. Allah SWT menunjukkan kebesaranNYA di hadapan mata kita dengan jelas dan nyata untuk memberi pengajaran kepada kita yang mungkin masih lalai dan leka.
Terdapat tanah runtuh, ribut taufan, banjir kilat dan bermacam-macam lagi petanda bala yang dianggap manusia sebagai bencana alam yang kini menjadi-jadi begitu teruk sekali. Jika direnung kepada kisah para nabi-nabi, Allah memberi merakamkan peristiwa yang seakan-akan sama pernah terjadi berulang kembali di mana sepatutnya kita jadikanya sebagai pengajaran di dalam al-Quran.
Sememangnya hakikat kejadian di muka bumi ini adalah ketentuan Ilahi, tetapi Allah SWT menjadikan sesuatu dengan asbab. Orang mati sebab kemalangan, orang sakit sebab jatuh motor dan sebagainya. Begitu juga dengan kejadian yang berlaku terhadap alam ini, puncanya ialah manusia yang membuat kerosakan dimuka bumi.
Semasa hayat Nabi SAW, baginda memohon doa kepada Allah SWT agar tidak ditimpakan balasan secara langsung jika melakukan kesalahan. Tetapi umat Nabi kini sangat menyedihkan Nabi kerana mereka tersangat terpesong daripada landasan fitrah manusia. Pembunuhan di merata-rata, perogolan, ragut, pecah amanah, rasuah dan pelbagai maksiat yang sangat memalukan berleluasa di mana-mana.
Adakah kita hanya sekadar tengok sahaja? Nak tunggu sampai kena batang hidung sendiri baru dan mangaduh? Nak tunggu Allah SWT hancurkan bumi ini baru nak bertaubat dan melaksanakan perintah Allah SWT?
Manusia yang Allah SWT jadikan di muka bumi ini adalah khalifah yang di amanahkan untuk memakmurkan bumi, bukannya menghancurkan bumi. Setiap orang ada peranan mengikut status yang berbeza-beza dan yang penting kita usaha agar suruhan Allah SWT tertegak dan larangannya dihalang dari berlaku dan berlaku.
Justeru marilah kita tuntut ilmu dan beramal
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jangan Tengok Sahaja"
Post a Comment