Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Huraian tentang 3 sifat orang yang beragama adalah seperti berikut:
1. Malu
· Malu menjadi pengatur pergaulan hidup dan orang yang berakal akan malu untuk melakukan kejahatan. Rasa malu tidak akan hidup dalam budi pekerti seorang manusia, kalalu tidak mempunyai kehormatan diri. Mula juta menyebabkan orang tidak mahu mundur dalam perjuangan, membawa orang mengharungi lautan besar, memasuki hutan belantara, ditimpa susah dan kepayahan untuk mencapai keutamaan. Selain itu, malu menyebabkan orang sanggup menahan nafsu, mengekangkan dirinya dan menempuh halangan lantaran menghindarkan diri dari perangai durjana.
2. Amanat (boleh dipercayai)
· Manusia tidak mampu hidup seorang diri dan dia akan berhubungan dengan orang lain. Ada pendapat menyatakan hidup itu ialah kelancaran hubungan manusia dengan manusia yang lain. Bagaimanakah pencuri, perompak,dan segala kejahatan dalam negeri aan dapat dibasmi, kalau penjaga keamanan, polis dan seterusnya tidak memegang amanat? Jika hilang amanat daripada umat, alamatnya umat itu akan dicondong ke lurah, akan jatuh dan hilang namanya menjadi umat miskin, ditimpa oleh bahaya bencana, penyakit yang tidak berkeputusan, penyakit lahir dan batin.
3. Siddiq atau benar
· Allah SWT bekalkan kepada manusia dengan deria penglihatan, pendengaran, penciuman hidung, perasaan lidah dan perasaan kulit. Deria-deria ini perlu digunakan untuk berjuang dalam kehidupan demi mencari keperluan makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Semakin lama, hidupnya manusia di bumi ini, bertambah perlu mendapat pertolongan manusia yang lain, baik dari segi ilmu atau pertolongan akal. Langkahnya akan sesat jika dia bertanya kepada orang yang sesat. Sebab itulah kebenaran itu penting dalam masyarakat. Tiga sifat itu ialah malu, amanat dan kebenaran jika dia beragama.
Sumber:
Prof. Dr Hamka (2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Tiga Sifat Yang Muncul Kerana Beragama"
Post a Comment