Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Minggu lepas saya berjalan-jalan dengan isteri saya ke beberapa kedai buku untuk mencari buku kesukaan kami. Kebiasaan saya kalau di kedai buku ialah duduk termenung dekat rak motivasi dan agama lama-lama. Sekejap saya pegang buku ni, sekejap pegang buku ni, kemudian pegang buku lain pulak, beberapa lama kemudian pegang pulak buku yang mula-mula saya ambil tadi, tapi akhir sekali buku lain yang saya beli. Tapi setiap kali saya dah bayar harga buku yang saya beli, saya akan terfikir mungkin buku ni rezeki saya...
Bukan kisah saya yang ingin diceritakan dalam entri ini tapi kisah buku yang saya tidak jangka akan beli tapi menarik minat saya serta isteri semasa kami hampir keluar dari kedai buku tersebut dan sekali pandang terus kami beli. Memang rezeki saya dan isteri nak beli buku itu.
Tajuk buku tersebut ialah Catatan Hati Nik Nur Madihah. Buku ini dah lama dipasarkan oleh penerbit tapi saya tak ambil kisah sangat kerana melalui bacaan surat khabar dan bahan-bahan lain sudah cukup untuk saya mengakui Kebesaran Ilahi dan Nik Nur Madihah memang layak dinobatkan sebagai pelajar cemerlang yang mesti dicontohi. Sebaliknya, semasa saya lalu di bahagian buku agama tempoh hari dan terpandang tajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah, terus saya ceritakan kepada isteri tentang buku ini dan Allah SWT gerakkan hati kami untuk memiliki dan kami membelinya.
Buku ini sangat menarik minat saya dan isteri. Sebaik sahaja pulang ke rumah, saya dan isteri terus membaca buku ini sehingga habis. Jiwa saya tersentuh mengenangkan kesusahan(zahiriah) keluarga beliau menempuh kehidupan ini. Namun ketabahan beliau dan keluarga menerima bayaran Allah SWT dengan sekelip mata. Moto beliau iaitu "habluminAllah dan habluminnas" sangat praktikal bagi saya. Semoga beliau akan terus maju di dunia dan akhirat.
Buku ini mesti dibaca oleh semua manusia Islam khususnya dari segenap peringkat. Terlalu kuat kesan motivasi yang dibawa oleh Nik Nur Madihah dalam buku ini. Semoga kita semua mendapat manfaat. Waallahualam...
Marilah menuntut ilmu dan beramal.
Artikel berkaitan yang lainnya:
nnt nak cari la :)
ReplyDeletesangat bagus dibaca
ReplyDelete