Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perkara yang paling kerap berlaku setiap masa dan ketika ialah perubahan. Setiap manusia mengalami perubahan dalam kehidupan mereka dan tidak dapat dielak dan kadang-kadang tanpa disedari oleh kita. Terdapat perubahan yang menyebabkan kita rasa tidak selesa dan tidak pasti. Contoh perubahan yang menyebabkan kita tidak selesa ialah melibatkan tekanan, ketakutan dan kesakitan tubuh badan.
Bagaimana untuk menghadapi keadaan yang tidak selesa atau tidak pasti?
Salah satu caranya ialah dengan menggunakan minda yang positif iaitu:
- Kenali helah yang merugikan diri kita sendiri dan jangan pedulikannya.
- Usah takut pada perubahan
- Untuk memulakan perubahan, mulakan dengan langkah yang membawa hasil yang jelas walau sekecil mana sekalipun.
- Kurangkan kesan perubahan dengan mengekalkan lambang-lambang yang biasa seperti bawa bersama barang-barang yang biasa digunakan jika berpindah ke tempat yang baru.
- Perubahan adalah perkara yang tidak dapat dielak dalam kehidupan.
- Perubahan sepatutnya tidak perlu ditakuti atau diikutkan sangat.
Perubahan yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT Maha Pekuasa. Setiap sesuatu yang dijadikanNYA tidak sia-sia.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Perubahan"
Post a Comment