Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Diriwayatkan oleh Zaid Bin Thabit yang bermaksud:
" Saya mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa: Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai keinginannya, maka Allah SWT akan menceraiberaikan urusannya, Allah SWT akan menjadikan kefakirannya di depan matanya kecuali yang sudah ditulis untuk nya. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya maka Allah SWT akan menghimpunkan urusannya, Allah SWT akan memberikan kekayaan dalam hatinya dan akan mendatangkannya dunia kerana dunia ini rendah sekali"
Peringatan melalui maksud hadith di atas sangat memberi kesan kepada jiwa yang berfikir dan menyentuh naluri kita yang sering dibelengu dengan kehidupan duniawi. Sedangkan dunia ni rendah nilainya di sisi Allah SWT. Sebaliknya manusia sangat mengagungkan dunia hinggakan lupa kepada negeri abadi iaitu akhirat. Kerosakan di muka bumi yang berlaku dari dahulu hingga sekarang berpunca daripada manusia itu sendiri! Ramainya yang cintakan dunia.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufik dan hidayah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
insyaAllah..terima kasih awak! :)
ReplyDeleteinsyaAllah :)
ReplyDeleteterima kasih membaca entri ini
ReplyDelete