Orang-orang yang berjaya tiada masa untuk menyalahkan sesiapa, mereka terlalu sibuk menyiapkan diri untuk cabaran seterusnya.
Setiap orang yang ada di muka bumi ini adalah perlaksana ibadah yang di amanahkan oleh Allah SWT. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan dan bagaimana tugasan-tugasan itu hendak disempurnakan dengan betul sekiranya kita tidak ada ilmu untuk melaksanakan tugas itu. Maka itu, perlunya ilmu dicari sebagai panduan untuk melaksanakan tugas yang dianamahkan oleh Ilahi.
Jika direnung, semua tugas yang berkaitan dengan diri kita sempat kita selesaikan dalam masa yang ada ini kan pula kita hendak menyelesaikan masalah orang lain. Orang yang sibuk memikirkan akan hal orang lain biasanya tidak ke mana dan ada yang menyusahkan diri sendiri. Dalam erti kata yang lain mereka tidak berjaya.
Untuk menjadi orang yang berjaya, sempurnakan urusan diri kita dalam segenap hal seperti tuntutan rohani dan tuntutan jasmani. Jangan sibuk memikirkan masalah orang dan mencari kesalahan orang, tapi cari jalan penyelesaian untuk meningkatkat diri kepada Allah SWT.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Sibukkan Diri"
Post a Comment