Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Barangsiap yang bertaqwa kepada Allah SWT.Dia akan diadakan baginya jalan keluar dan (Allah SWT) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya ”
Al Talaq: 2-3
Secara ringkas Takwa ialah mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNYA. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Justeru, bersihkan iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Pastikan kita melakukan ibadah wajib dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan kawan-kawan soleh supaya kita tidak terbabas. Allah SWT berfirman yang bermaksud:”Bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu.”(At-Taghabun:16)
Bibliography
Abidin, D. Z. (2008). Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Cemerlang dengan Iman dan Takwa"
Post a Comment