Siapa yang gemar berpuasa tabiat makannya akan baik. Siapa yang rutin sembahyang malam (tahajud) maka tabiat tidurnya akan teratur. Siapa yang dermawan akan sering akan dipuji dan yang sedang berkuasa akan banyak didengki.
Dalam kehidupan kita memerlukan pengurusan diri yang sistematik supaya kita tidak kerugian masa dan kebahagiaan. Maka, itu Allah SWT ajarkan kita beberapa kaedah yang sangat berkesan untuk menguruskan permakanan, tidur dan hubungan sesama insan iaitu menerusi berpuasa, berqiamullail dan bersedekah. Jangan mencari kuasa dan kemegahan kerana banyak keburuk akibatnya.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 94"
Post a Comment