Rezekimu lebih mengetahui tempat yang patut bagimu berbanding pengetahuanmu tentang posisi yang patut baginya. Rezekimu akan selalu mengirimu laksana bayangan yang selalu mengikuti gerak tubuh. Engkau tidak akan meninggal sebelum seluruh rezeki yang ditakdirkan bagimu diberikan.
Setiap makhluk yang diizinkan Allah SWT untuk hidup di muka bumi ini telah ditetapkan rezekinya. Tidak perlu bimbang dan runsing akan keinginan yang belum tercapai kerana rezeki yang telah tertulis untuk anak Adam akan sampai kepadanya sebelum hayatnya sampai. Apa yang perlu ialah doa dan usaha untuk mendapatkanya. InsyaAllah pasti akan tercapai.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 97"
Post a Comment