Orang yang kurang waras adalah yang meminta pertolongan kepada orang bakhil. Orang yang bakhil adalah yang memandang sedikit nikmat yang telah begitu banyak dikecapi. Sementara itu, orang yang buta adalah yang tidak pernah melihat kekurangan (aib) yang ada pada dirinya.
Terdapat dua jenis orang yang rugi di dunia ini, iaitu orang yang kedekut dan buta rohani.
Tiada guna meminta pertolongan kepada orang yang kedekut kerana apa yang dihajatkan belum tentu berhasil. Sebenarnya dalam diri oran yang kedekut itu wujud perasaan yang tidak bersyukur terhadap nikmat yang begitu banyak diberikan Allah SWT kepadanya.
Orang yang buta rohani ialah orang yang tidak pernah melihat akan kekurangan dirinya dan yang semakin teruk apabila dia asyik melihat akan kekurangan yang ada pada orang lain.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 98"
Post a Comment