Berapa banyak makan yang sekali menghalang seseorang itu dari makan-makan seterusnya. Terjadi satu kalimat menimbulkan banyak permusuhan. Sering ditemukan dengan satu kejahatan menjauhkan banyak kebaikan dan tatapan sekali menghasilkan beribu penderitaan.
Dalam hidup kita perlu banyak berfikir dan berhati-hati apabila hendak melakukan sesuatu perbuatan kerana banyak perkara yang tidak diingini berlaku adalah berpunca dari satu perkara yang dilakukan dengan tanpa berhati-hati. Contohnya apabila seseorang itu tersilap cakap sehingga menyebabkan orang lain tersinggung dan mungkin mendatangkan kemarahan orang lain. Terdapat juga keadaan di mana dengan satu kejahatan yang dilakukan menyebabkan banyak kebaikan tidak dapat dilakukan contohnya mencuri. Menyebabkan orang yang dicuri tidak dapat berbelanja membeli kelengkapan anak-anak ke sekolah, orang itu tidak dapat menderma atau membayar zakat, orang yang dicuri juga tidak dapat menziarahi keluarganya yang jauh dalam keadaan sakit dan lain-lain lagi. Pandangan manusia juga perlu dijaga dengan teliti kerana dengan pandangan juga boleh menyebabkan orang lain menderita. Kes-kes sebegini banyak terjadi kepada pasangan yang bercinta atau berkahwin. Apa yang dilakukan mestilah kerana Allah SWT.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 106"
Post a Comment