Setiap orang adalah raja di rumahnya sendiri. Di dalamnya tiada seorang pun yang dapat meremehkan atau mengecilkan peranannya, sebagaimana orang yang sombong tidak dapat menghinanya dan orang yang bakhil tidak dapat menolaknya.
Pada pandangan saya berdasarkan mutiara kata di atas, Dr Aidh' cuba memberi satu gambaran bahawa pengaturan dan keputusan diri sendiri adalah bergantung kepada diri sendiri. Tiada orang lain yang dapat menyusun atau mengarah diri jika diri sendiri tidak mahu memilih atau melakukannya.
Justeru, buatlah perancangan hidup yang terbaik untuk diri sendiri dan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Apa yang penting tidak melanggar syariat Allah SWT.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 108"
Post a Comment