Setiap penyakit adalah datangnya daripada Allah SWT. Maka itu, untuk menyembuhkan penyakit juga adalah yang menjadikannya iaitu Allah SWT.
Perkara yang mesti dilakukan oleh pesakit-pesakit ialah berSABAR, berDOA dan berUSAHA.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seoarang yang mengidap penyakit (apa-apa sahaja jenis penyakit), perlulah bersabar. Sabar bukan sahaja kepada orang yang mengidap penyakit, malahan kepada orang yang terlibat dengan pesakit itu sendiri. Contohnya pasangan hidupnya sama ada suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, kawan-kawan, perawat, rakan sekerja, majikan, oranisasi dan sebagainya.
Bukan sahaja pesakit yang mesti berdoa, malahan semua orang yang terlibat dengan pesakit mesti memohon doa kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT ingin menguji seseorang dengan penyakit mungkin kerana di SAYANG kepada orang itu dan juga orang yang berada di sekeliling pesakit tersebut. Doa orang yang ikhlas sahaja yang dipandang Allah SWT.
Perkara ketiga yang mesti dilakukan oleh pesakit dan orang yang terlibat dengan pesakit ialah berusaha. Cara berusaha juga perlu betul dan bersabar dalam berusaha. Contohnya, orang lain mungkin boleh mencari tempat yang susuai untuk merawat, tapi jangan kecewa jika pesakit belum pergi ke tempat rawatan yang dicadangkan. Ini mungkin kerana pesakit itu ada masalah dari segi kewangan, kenderaan, pengangkutan atau kesediaan pesakit tersebut. Kita semua mesti faham bahawa bagi diri pesakit itu sendiri, sudah tentu hendakkan kesembuhan, tetapi kadang-kadang dirinya sendiri tidak mampu berfikir jika terlalu banyak cadangan atau nasihat yang diberikan oleh orang lain.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui hikmah disebalik seseuatu ujian.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Tip Menghadapi Penyakit"
Post a Comment