Segala puji yang tertinggi hanya milik Allah SWT. Nikmat dan anugerah Allah SWT yang tidak ada tolak taranya. Anugerah nyawa masih lagi dikurniakan oleh Allah SWT untuk diri saya. Semoga Allah SWT merahmati diri saya, ahli keluarga saya dan seluruh makhluk alam.
Sukar untuk menggambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan kurniaan nikmat Allah SWT kepada diri saya, keluarga dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya. Tanggal 3 April 2011 saya di masukkan ke wad Hospital Pantai, Pulau Pinang dan dengan izin Allah SWT saya dibawa ke Hospital USM Kubang Kerian. Saya disahkan mengidap Nefrotik Sindrom. Seluruh badan bengkak dan berat badan saya mencapai 80kg, iaitu melebihi berat badan normal saya. Dengan izin Allah SWT, berat badan saya kini sudah menurun kepada 58kg pada 12 April 2011.
Saya sedang menunggu hari untuk menjalani proses operasi bahagian buah pinggang. Semoga Allah SWT memberi keselamatan kepada diri saya. Tiada siapa yang dapat membantu, tiada apa yang dapat menolong, dan tiada yang boleh memberi jaminan melainkan Allah SWT.
Hanya kepada Allah SWT aku kembali...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kembali Kepada Allah SWT"
Post a Comment