Orang yang berdukacita merupakan penyakit yang timbul di sebabkan terlalu terikat dengan dunia. Antara perkara-perkara yang menyebabkan manusia terikat dengan dunia ialah anak-anak, isteri, kehilangan orang yang dikasihi. Berdukacita juga wujud kerana terlalu besar mementingkan jasmani dan syahawat sehingga timbul kepercayaan bahawa barang yang dicintai tidak boleh berpisah selama-lamanya dari badan mereka.
1. Dukacita memikirkan yang telah lalua. Diwaktu nikmat mencurah-curah Allah SWT kurniakan, hendaklah bersyukur. Insafilah bahawa barang –barang yang ada hanyalah sementara kerana itu semua adalah pinjaman daripada Allah SWT.
b. Jika nikmat yang diperolehi ketika umur muda, ingatlah bahawa umur muda itu tidak akan lama. Gunakanlah masa muda itu dengan malakukan amalan yang baik agar tidak menyesal pada waktu tua nanti.
c. Jika Allah SWT mengurniakan nikmat kekayaan dan kemuliaan, maka peliharalah dan gunakan harta tersebut dan pangkat tersebut dengan baik. Jangan lupa semua harta dan pangkat itu akan pergi.
2. Dukacita memikirkan yang sekaranga. Manusia yang hidup di dunia ini di ancam dengan dengan tiga keadaan iaitu kejatuhan, penyakit dan kematian. Jika kita terlalu cinta kepada seseorang, ingatlah bahawa orang itu akan mati. Kejadian dalam dunia ini boleh dijadikan panduan untuk kita tidak perlu berdukacita dengan kekurangan diri dan kelebihan orang lain contohnya berapa ramai orang yang pernah jadi hebat, tetapi sampai satu masa Allah SWT cabut nyawanya. Berapa ramai orang yang kaya tiba-tiba jadi miskin. Justeru, tidak perlu berdukacita tetapi banyakkan bersabar dan bersyukur.
3. Dukacita memikirkan yang akan datanga. Apa yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku telah pun tersurat dan ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak perlu berdukacita tetapi buat persediaan untuk menghadapi akan datang yang penting.
Sumber:
Prof. Dr Hamka(2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Merawat Duka Cita"
Post a Comment