Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jangan kita berasa dukacita kerana sesuatu perkara yang kita tidak tahu adakah perkara tersebut sangat memberi kesan buruk kepad kita atau sebaliknya. Biarkan kisah yang lepas dan masa hadapan, sebaliknya persoalkan tentang hari ini.
adakah saya akan mengubah hidup hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan yang indah di hari esok?
adakah saya perlu menjadikan hari ini menjadi amat pedih dengan membayangkan hal-hal yang sudah berlaku pada masa dahulu, yang sudah lapuk bersama dengan beralunya waktu dan zaman?
adakah ketika bangun pada waktu pagi, saya sudah berazam untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah dengan sebaiknya-baiknya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke hadapan?
adakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian saat demi saat dalam hidup ini?
Bilakah saya akan melakukan ini semua?minggu depan?esok?atau hari ini?
Sumber:
Dr. Aidh' Al-Qarni(2009). Jangan Bersedih. Kuala Lumpur: Jasmin
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Persoalan Hari Ini"
Post a Comment