Sebuah
pasar malam yang agak besar telah dibuka berdekatan dengan sebuah taman
perumahan. Pasar malam akan dibuka seawal pukul lima petang pada setiap
hujung minggu.Terdapat pelbagai barangan yang boleh diperolehi di situ dan kelihatan
ramai orang yang berkunjung ke pasar malam tersebut setiap kali ianya dibuka.
Namun
demikian, Amran jarang sekali membawa isterinya membeli belah di pasar malam
yang tidak berapa jauh dari rumah mereka itu. Ini kerana, dia tidak gemar
bersesak-sesak dan membuang masa yang terlalu lama di pasar malam tersebut.
Sekiranya
ada barangan yang perlu dibeli, maka dia akan meminta isterinya menyenaraikan
barangan yang dikehendaki di atas sehelai kertas. Kemudian, dia akan keluar
dari rumah seawal mungkin untuk ke pasar malam tersebut sebaik sahaja ianya
dibuka.
Pada
waktu tersebut, para pembeli masih belum ramai yang bertandang. Hasilnya, Amran
tidak perlu bersesak-sesak atau berebut-rebut untuk membeli barang. Biasanya,
sebelum waktu maghrib dia akan pulang ke rumahnya dengan membawa balik semua
barangan yang telah dibeli.
Pada
minggu ini isteri Amran ingin membeli sebidang kain untuk dijadikan langsir.
Oleh kerana Amran tidak mahir dalam memilih warna atau corak yang digemarinya,
adalah lebih baik dia mengajak isterinya untuk turut bersama ke pasar malam
tersebut.
Seperti
biasa, dia mengajak isterinya keluar seawal mungkin mudah-mudahan sebelum
maghrib dia sudah boleh pulang ke rumah.
Semasa
Amran dan isteri berjalan-jalan di dalam pasar malam tersebut.Tiba-tiba isterinya
manarik tangan Amran dan mengajak pergi ke arah sekumpulan manusia yang sedang
berkumpul.
Isterinya
ingin mengetahui apakah yang berlaku di situ kerana dari jauh kedengaran suara
orang sedang memberi ucapan. Nada suaranya yang agak kuat, tetapi tidak dapat
difahami apa yang diucapkan kerana kurang jelas.
Rupa-rupanya,
lelaki yang dikelilingi oleh beberapa orang pengunjung itu sedang menjual ubat.
Dia begitu petah berkata-kata sehinggakan orang yang berada di sekelilingnya begitu
tertarik dan sanggup berdiri lama tanpa rasa lenguh. Tambahan pula, lelaki itu
turut menujukkan aksi bermain dengan beberapa ekor ular berbisa.
"Tuan-tuan
dan puan-puan…"
"Semasa
saya ke negara Arab tahun lepas, saya berjumpa guru dengan saya…"
"Beliau
menyuruh saya mengambil akar kayu ini untuk dijadikan ubat."
"Burung
borak yang ditunggangi oleh Nabi kita pun pernah berdiri di atas pokok."
"Tuan-tuan
dan puan-puan tahukah berapa kelajuan borak?"
"Lapan
puluh kilometer sejam."
"Sebarang
penyakit boleh sembuh dengan ubat yang dibuat dari akar kayu ini." Penjual
ubat itu bersuara kembali setelah beberapa minit menunjukkan aksi bermain
dengan ular senduk.
Isteri
Amran turut terpengaruh dengan apa yang diucapkan oleh penjual ubat itu.
"Abang,
baguslah ubat ini." Isterinya berbisik ke telinga Amran.
"Burung
borak pun berdiri di atas pokok itu." Tambahnya lagi.
"Ayang
boleh percaya kah dengan kata-kata orang itu." Amran berbisik kepada
isterinya agar tidak didengari oleh orang lain.
"Kenapa
pula abang?" Isterinya bertanya kebingungan.
"Setahu
abang, ustaz mengatakan ada ulamak berpendapat bahawa kelajuan borak sekali
lompat adalah sejauh mata memandang. Ada juga mengatakan kelajuannya adalah
seumpama kelajuan cahaya." Jawab Amran dengan penjelasan yang agak
panjang.
"Tetapi
dia cakap, dia sendiri pergi ke negara Arab dan berjumpa dengan gurunya."
Isterinya masih melontar soalan.
"Sayang…penjahat
Mekah, Abu Jahal lahir di tanah Arab dan
meninggal pun di tanah Arab." Jawab Amran.
Isterinya
tersenyum tanpa berkata apa-apa. Lantas, mereka pun beredar ke tempat lain.
Fikir-fikirkan
Tidak
semestinya semua orang Arab itu semuanya baik sedangkan orang yang jahat ada di
mana-mana. Berapa ramai orang lahir di Mekah semasa zaman Rasulullah SAW.
Contohnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka ini hidup sezaman dan pernah berjumpa
dengan Rasulullah SAW. Namun, mereka ini penentang kuat ajaran yang dibawa
Rasulullah SAW.
Begitulah
betapa Allah SWT itu maha Kuasa lagi maha Adil. Dia tidak mengagungkan
seseorang kerana bangsa atau tempat. Tetapi dia mengangkat sesorang kerana
agamanya.
Belum ada komen untuk "Penjahat Mekah: Biasakan yang sepatutnya "
Post a Comment