Friday, June 20, 2008

Menolong Sesama Makhluk


Sebelum saya balik dari Terengganu tempoh hari sempat saya berbual dengan seorang kaunselor. Dalam berbual-bual tu ada perkara yang saya tertarik untuk bekongsi iaitu beliau ada menyebut bahawa setiap orang boleh menjadi kauselor. Contohnya sesuatu masalah yang dirasakan timbul dalam diri seseorang adalah di sebabkan dia tidak nampak rasional tindakan yang boleh diambil untuk selesaikan masalah yang wujud.

Contoh yang lebih mudah apabila Ali hendak pergi ke sesuatu tempat tiba-tiba ada halangan di jalanan dan Ali merasakan itu adalah masalah yang tidak dapat diselesaikan. Maka pada ketika itu kalau ada seseorang yang bernama Abu yang mungkin sudah biasa dengan tempat dan jalan yang hendak dilalui oleh Ali boleh memberi cadangan kepada Ali sama ada memilih jalan lain atau mendapatkan bantuan untuk menghilangkan halangan itu tadi.

Jadi Abu boleh dianggap kaunselor kerana dapat merasionalkan pemikiran Ali bahawa ada jalan penyelesai bagi masalah yang dirasakan oleh Ali. Kita juga mesti menyiapkan diri dengan ilmu supaya kita dapat menjadi kauselor untuk diri dan membantu orang lain. Menolong sesema makhluk merupakan amalan mulia.

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

P/s: Apa yang di tulis ini hanyalah berdasarkan pemikiran peribadi tanpa merujuk kepada mana-mana bahan rujukan. Mungkin boleh menjadi pencetus idea.

No comments:

Post a Comment