Allah S.W.T. mengurniakan otak kepada manusia dan boleh digunakan untuk berfikir. Berfikir merupakan nikmat dan kelebihan yang ada kepada manusia untuk menjadi makhluk di muka bumi ini. Oleh itu, kita perlu mensyukuri nikmat All S.W.T. ini dengan menggunakan kebolehan berfikir dan meningkatkan kemahiran berfikir untuk kegunaan yang bermanfaat. Jadi hari ini mari kita selidik apakah yang dimaksudkan dengan berfikir?
Secara umumnya, kemahiran berfikir adalah suatu kemahiran memproses minda untuk mencapai tujuan tertentu. Dewey mengaitkan berfikir dengan perbuatan manusia. Mayer mengatakan kemahiran befikir ialah kemahiran mengolah operasi mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan penghasilan sesuatu dan merupakan aktiviti terarah kepada penyelesaian sesuatu masalah. Costa pula mengatakan kemahiran berfikir ialah kemahiran yang menerima rangsangan oleh minda melalui deria.
Ramai orang terpengaruh kepada takrif yang diberikan oleh Dewey iaitu aktiviti mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri kepada persekitaran sukar.
Kebanyakan pakar berfikir lebih cenderong mengatakan kemahiran berfikir ialah proses yang berkaitan dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan individu mencari dan mengenal pasti makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara, menerbit sesuatu idea, mereka cipta, meneroka pelbagai kemungkinan, merenung nilai, membuat pertimbangan, mentafsir maklumat dan membuat keputusan.
Terdapat dua tahap yang terlibat dalam proses berfikir iaitu tahap persepsi dan tahap pemprosesan. Tahap persepsi adalah tahap di mana individu mencuba mengenali sesuatu melalui pengecaman dan menterjemah sesuatu aktiviti kompleks ke dalam bentuk mudah dan bermakna. Tahap kedua pula ialah pemprosesan, kekuatan logik digunakan untuk memproses maklumat yang diterima bagi membuat keputusan, mengambil tindakan dna menyelesaikan masalah.
Saya rasa cukup sekadar ini dahulu sedikit sebanyak penjelasan tentang kemahiran berfikir yang boleh memberi gambaran tentang apa yang boleh kita lakukan dengan otak kita dan kita dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaiknya.
Sumber:
Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati(2001).Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);
bagus bab ni...kawe punya tesis pun ado selit perkara ni...meme baguh, amat berguna untuk tatapan umum. Pahtu, demo punya layout makin berseri laa....
ReplyDelete