Gamabar dari Cakwid.net
Assalamualaikum dan salam sejahtera...Manusia dianugerahkan Allah S.W.T. dengan nikmat berfikir. Kemahiran berfikir sangat penting untuk setiap individu manusia. Manusia yang pandai menggunakan akal fikiran dengan cara yang terbaik akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Dengan berfikir juga kita mampu mencapai satu tahap cinta Ilahi yang tinggi.
Berfikir boleh dimaksudkan sebagai kemahiran mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri kepada persekitaran. Ada juga yang berpendapat bahawa berfikir ialah kemahiran memproses minda untuk mencapai tujuan tertentu. Berfikir juga didefinisikan sebagai kemahiran menerima rangsangan-rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria. Banyak lagi maksud berfikir yang diperkenalkan oleh pakar.
Proses berfikir boleh meliputi dua tahap iaitu persepsi dan pemprosesan. Tahap persepsi ialah individu cuba mengenali sesuatu melalui pengecaman dan menterjemahkan sesuatu aktiviti kompleks ke dalam bentuk yang mudah dan bermakna. Tahap pemprosesan, kekuatan logik digunakan untuk memproses maklumat yang diterima untuk membuat keputusan, mengambil tindakan dan menyelesaikan.
Dalam Islam, berfikir merupakan doa. Oleh itu, kalau kita selalu berfikir yang baik maka kita selalu meminta kepada Allah S.W.T untuk menjadi baik. Harun Yahya pernah menyebut bahawa pemikiran yang negatif atau angan-angan merupakan bisikan syaitan. Jadi haruslah kita menjaga pemikiran kita supaya tidak dihasut dengan pemikiran yang dihasut syaitan.

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Sumber:
Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati(2001). "Pemikiran Kreatif".Selangor: Prentice Hall.
Knowledge is a tree and its fruits are words; Thought is the sea and its pearl are wisdom
No comments:
Post a Comment