Thursday, July 10, 2008

Cabaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Petang tadi saya dan rakan-rakan sesarjana pendidikan menghadiri taklimat Projek Sarjana 2 (PS2) dan sebelah paginya seksyen saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh Dekan untuk subjek Kepimpinan dan Pengurusan. Esok merupakan hari terakhir untuk minggu pertama semester ini. Masa tidak akan berhenti dan terus berjalan!Tugasan belajar semakin bertambah!

Saya merasakan beban belajar semester ini semakin berat dan rakan-rakan berdekatan ramai yang mengeluh kerana kekurangan motivasi untuk melaksanakan. Saya sendiri risau dengan keadaan yang agak tertekan di awal semester ini, tapi saya cuba dan akan terus cuba mengawal pemikiran saya untuk terus menyahut cabaran ini.

Saya baca beberapa buku dan mendengar syarahan, minda kita memerlukan kawalan yang kuat supaya pemikiran kita sentiasa bersangka baik atau think positive.

Teringat saya, semester lepas tentang satu tugasan subjek berkumpulan yang memang tidak pernah saya dan ahli kumpulan pelajari sebelum itu. Selepas kami berbincang untuk memilih tajuk tugasan, kami pun membentangkan cadangan tajuk tugasan kami kepada pensyarah. Pensyarah memberi respon yang agak baik supaya kami teruskan tugasan tersebut tetapi ada juga ahli kumpulan yang kurang berkeyakinan terhadap kami untuk meneruskan tugasan itu. Saya sendiri tidak pasti sama ada mampukah saya dan kumpulan menyiapkan tugasan yang kami pilih sendiri kerana ada juga ahli kumpulan lain mengganggap tajuk yang kami pilih seolah-olah diluar daripada kemampuan kami.Tapi saya tetap mengawal minda mengatakan yang InsyaAllah kami boleh buat dan saya selalu katakan kepada kawan-kawan InsyaAllah kita boleh buat. Saya juga setkan diminda saya ini merupakan cabaran yang mesti ditempuhi!

Alhamdulillah akhirnya kami dapat siapkan juga tugasan tersebut. Sebenarnya cerita ini tidak hebat sangat tetapi bagi diri saya, ia merupakan pengalaman yang dapat memotivasikan diri sendiri.

Semoga Allah S.W.T. memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menghadapi cabaran.

Marilah kita selalu fikirkan yang baik-baik dan sebutkan yang baik-baik. Saya pernah dengar ustaz cakap apa yang kita niatkan dan cakapkan adalah doa. Jadi , supaya kita mendapat natijah yang baik, fikirkan dan ucapkan yang baik-baik. InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan.

Marilah kita terus dan terus mencari ilmu dan beramal..

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

No comments:

Post a Comment